Friday, September 17, 2010

~ kasih sayang ~


      Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita paling sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Da petik yang paling cantik, bawa ke kelas.
      Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, maka tiada satu pun di tangannya.
Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah yang paling cantik tapi da cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya ponterus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pon yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu : ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mensia2kan dia dan cuba mencari2 yang lebih baik kerana jika kita terus mencari yang terbaik untuk kita sayang dan tak jumpa barulah kita akan sedar sebenarnya kita da jumpa tapi kita tak pernah menghargainya.


P/S : JIKA ANDA SUKA / SAYANG SESEORANG DAN ANDA YAKIN DENGAN PILIHAN ANDA ITU, LET HER/HIM KNOW THAT YOU ARE THE PERSON WHO LOVE HER/HIM. SUPAYA ANDA TIDAK AKAN MENYESAL SUATU MASA AKAN DATANG. J


-PUJANGGACINTA-

No comments:

Post a Comment